malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Loke pertimbang letak jawatan pengerusi DAP negeri
Diterbitkan:  Aug 1, 2026 8:30 PM
Dikemaskini: 1:23 PM
ADS
1
  • Dikemas kini dengan tambahan maklumat baru dan olahan semula.


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti itu di Negeri Sembilan.

Keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam pilihan raya negeri hari ini.

Dia berkata akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang akan datang dan menyerahkan kepada CEC untuk membuat keputusan.

Dalam pengundian hari ini, dia sendiri tewas Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang dipertahankannya sejak tiga penggal lalu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Loke, yang juga menteri pengangkutan, kalah kepada calon BN Siow Kong Choon.

BN memperolehi 5,418 undi berbanding Loke hanya mendapat 4,927 undi, membolehkan Siow menang dengan majoriti kurang 500 undi.

Selain Loke, bekas menteri besar Aminuddin Harun juga turut tumbang di Linggi.

‘Anda semua sentiasa di hati’

Loke juga mengakui kekalahannya di Chennah.

Dia berkata pasukan kempen PH melakukan yang terbaik di Chennah tetapi tetap kalah dengan majoriti tidak sampai 500 undi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus bersama anda semua.

"Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di dalam hati kami," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1