malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nik Zawawi dalam perhatian polis, kata IGP
Diterbitkan:  May 13, 2026 6:10 PM
Dikemaskini: 10:16 AM
ADS

Polis sedang menunggu maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan ia kini dalam perhatian polis untuk tindakan lanjut.

“Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita. Sebarang maklumat (isu tersebut) kita masih menunggu daripada pihak berkaitan,” kepada pemberita selepas Majlis Penutupan PDRM Special Dialogue V 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Nik Muhammad Zawawi didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dalam ceramah politik di Terengganu.

Susulan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Daie MAadani membuat laporan polis bagi menggesa siasatan terhadap Ahli Parlimen PAS itu.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi hari ini memohon maaf dan mengakui dirinya kurang cermat dalam mengolah serta menyampaikan maklumat ketika program berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen