malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis terima 3 laporan terkait ahli MPP minta wang perlindungan
Diterbitkan:  Mar 27, 2026 7:00 PM
Dikemaskini: 11:00 AM
ADS

Polis hari ini mengesahkan menerima tiga laporan berhubung video tular yang memaparkan dua individu didakwa ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta wang perlindungan daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan.

“Setakat ini, tiga laporan telah diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengarahkan laporan polis dibuat dan siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan tersebut.

Beberapa hari lalu tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki memperkenalkan diri sebagai ahli MPP ketika meminta wang daripada pekerja sebuah pusat urut.

Difahamkan, wang tersebut diminta sebagai balasan supaya pusat urut tersebut tidak dikenakan tindakan kerana penduduk setempat sudah membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen