malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lelaki ditemukan maut dalam kereta di tempat letak kenderaan
Diterbitkan:  Jan 28, 2026 3:38 PM
Dikemaskini: 7:38 AM
ADS

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartment di Jalan Bukit Beruang di Melaka semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.05 malam sebelum pasukan polis dan forensik digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemukan di tempat duduk pemandu dan pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati tidak menemukan sebarang kesan kecederaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada kerosakan pada kenderaan berkenaan dan hasil siasatan awal di lokasi kejadian juga mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata siasatan turut mendapati lelaki berkenaan seorang juruteknik syarikat utiliti yang berada di kawasan apartment itu bagi menjalankan pemeriksaan rutin berkaitan kerja selain sering datang ke lokasi itu untuk pemeriksaan berkala sebelum ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut dan bedah siasat telah dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit aterosklerosis koronari (jantung tersumbat) dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen