malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan isytihar syarat notis berhimpun tak berperlembagaan
Diterbitkan:  Jul 1, 2025 11:17 AM
Dikemaskini: 9:53 AM
ADS

Nota Editor: Laporan ini telah dikemas kini untuk memberikan gambaran lebih baik terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 sebagai tidak berperlembagaan.

Secara khususnya, keputusan itu membatalkan Fasal 9(5) PAA yang menetapkan bahawa penganjur boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 kerana gagal memberikan notis kepada polis lima hari sebelum perhimpunan yang dirancang.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang berkhidmat untuk hari terakhir sebelum bersara, mengetuai panel lima hakim untuk menyampaikan keputusan sebulat suara dalam cabaran yang dibawa oleh bekas Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abdul Hadi.

“Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun dalam persidangan terakhir, baru saja membatalkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang menjenayahkan kegagalan untuk memberi notis untuk perhimpunan aman,” kata peguam New Sin Yew dalam catatan di X.

Pada 8 Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Amir untuk Mahkamah Persekutuan mendengar cabarannya terhadap peruntukan PAA.

Dia didakwa atas tuduhan gagal memaklumkan pihak berkuasa sebelum mengadakan protes berhubung isu kapal tempur pesisir (LCS) pada 2022.

Menurut Free Malaysia Today, Tengku Maimun berkata, Seksyen 9(5) PAA mengenakan hukuman yang melebihi had yang dibenarkan di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Dia juga menyifatkan seksyen itu sebagai "campur tangan yang tidak seimbang" yang menjurus kepada larangan, dan bukannya sekatan ke atas hak yang dijamin.

Selanjutnya, Tengku Maimun mengarahkan prosiding jenayah Amir yang sedang berjalan dikembalikan kepada mahkamah tinggi dan dilupuskan selaras dengan penghakiman mahkamah tertinggi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen