malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Saya tak kenal dia’ - Zahid ulas cabaran Azmin
ADS

PRK MAHKOTA | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menepis cabaran Pengarah Pilihan Raya Kecil Perikatan Nasional, Azmin Ali untuk BN menjelaskan sama ada gabungan itu akan membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) di Johor.

Diminta mengulas perkara itu, Zahid hanya berkata, "Saya tak kenal dia (Azmin)".

Dia tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Zahid ditemui ketika lawatan kerja ke Kem Mahkota, salah satu kem tentera terbesar di Johor.

Semalam, Azmin mencabar Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menjelaskan sama ada Umno akan menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu jika memenangi kerusi Mahkota.

Kata Azmin, orang ramai mungkin menganggap Umno sebagai tidak ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Kesemua 11 exco Johor adalah daripada BN, dipilih selepas pilihan raya negeri (PRN) Mac 2022 dan sebelum pilihan raya umum ke-15 yang seterusnya menyaksikan PH bekerjasama dengan BN.

Pada 28 Sept, pengundi Mahkota akan memilih Haizan Jaafar dari PN atau Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah sebagai wakil mereka.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen