malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bantu PN? Kami tak terlibat dengan PRK Mahkota, tegas Muda
Diterbitkan:  Sep 19, 2024 5:01 PM
Dikemaskini: 9:04 AM
ADS

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menegaskan tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor.

Penjelasan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan mereka bersetuju membantu Perikatan Nasional (PN) mendapatkan sokongan pengundi muda.

“Muda  sangat jelas dengan ketetapan untuk tidak mengambil bahagian dalam PRK DUN Mahkota,” kata pemangku presidennya Amira Aisya Abd Aziz.

Terdahulu, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Azmin Ali mendakwa terdapat “persetujuan” parti itu akan menyokong kempen calon BN di Mahkota Haizan Jaafar. 

Haizan Jaafar ketika berucap

Azmin mendakwa Muda menawarkan untuk menarik sokongan 52 peratus pengundi muda di DUN bawah parlimen Kluang, yang disandang oleh Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH).

Malam tadi, terdapat anggota Muda hadir di ceramah Perikatan Nasional (PN) di  Taman Ilham, Kluang (bawah), sekali gus menimbulkan persoalan berkaitan arah politik masa depan parti itu.

Dalam kenyataan petang ini, Amira Aisya berkata dia tetap dengan tumpuan mahu membina parti melalui “kempen rejuvenasi”.

“Saya mahu ahli Muda masuk sistem pengkaderan, parlimen-parlimen ditubuhkan di seluruh Malaysia dan beri nilai tambah kepada urusan dalaman parti,” katanya.

Amira yang juga anggota DUN  (Adun) Puteri Wangsa berkata sebarang persoalan tentang penyertaan Muda dalam blok parti politik tidak dibincangkan buat masa ini.

Malah, jika ada pun, ia sudah tentu akan diumum secara rasmi.

Dalam pilihan raya Johor pada 2022, Amira Aisya menang kerusi Puteri Wangsa dengan bantuan PH.

Presiden Muda ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mempertahankan parlimen Muar dalam pilihan raya umum ke-15 melawan BN dan PN. 

Muda juga membuat perjanjian dengan PH supaya tidak menurunkan calon di situ.

Saddiq bagaimanapun pada September tahun lepas menarik balik sokongan terhadap PH dan beralih tempat duduk ke blok pembangkang di Dewan Rakyat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen