malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2,575 panggilan pokok tumbang seluruh negara, lapan kematian
Diterbitkan:  Sep 19, 2024 10:55 AM
Dikemaskini: 2:55 AM
ADS

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 2,575 panggilan kecemasan melibatkan kejadian pokok tumbang untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini menyaksikan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.

JBPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat 441 kes pokok tumbang di Selangor diikuti 321 di Perak dan 264 di Sarawak.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan sebanyak lapan kematian dicatatkan, 27 mangsa mengalami pelbagai kecederaan manakala 37 lagi selamat.

JBPM menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada apabila berada di jalan raya sewaktu cuaca buruk.

“Pemandu kenderaan perlu memberikan perhatian kepada keadaan sekeliling terutama apabila berada di jalan raya yang terdapat pokok besar atau berusia di kiri dan kanan jalan raya.

“Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, jangan panik, matikan enjin kenderaan terlebih dahulu dan cuba mohon bantuan orang awam atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen